ANAK BERANAK TEMUI AJAL KERETA DI REMPUH LORI SIMEN


Batu Pahat: Dua beranak masing-masing berusia 52 dan 21 tahun maut selepas Proton Wira dinaiki mereka dirempuh sebuah lori simen di Jalan Parit Karjo, di sini, petang tadi.

ANGGOTA JPAM JUMPA KAKI MANGSA KEMALANGAN


Melaka: Sepasukan anggota Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) berdepan detik ngeri apabila menemui kaki kiri penunggang motosikal Yamaha 135LC yang putus dalam kemalangan di Kilometer 32, Jalan Jasin Merlimau, di sini, jam 3.30 petang kelmarin.

PENGADANG BESI LEBUHRAYA SUDAH TIDAK RELEVAN


Kebanyakan kes kemalangan yang berlaku apabila kenderaan terbabas melanggar pengadang besi makin serius sejak akhir-akhir ini. Berdasarkan beberapa kemalangan sebelum ini, mangsa pasti terbunuh atau mendapat kecederaan serius apabila tertusuk besi pengadang jalan.

ANGGOTA TENTERA REJIMEN SEMPADAN MAUT KERETA TERBALIK


TANAH MERAH - Seorang anggota tentera yang bertugas di Kem Desa Pahlawan Bukit Cina, Kok Lanas, maut selepas kereta dipandunya terbabas di Kilometer 55, Jalan Kota Bharu-Machang-Jeli, Kampung Bechah Laut, dekat sini, semalam.

VAN SEKOLAH DI REMPUH ALZA, DUA PELAJAR CEDERA PARAH


JOHOR BAHRU - Dua murid sekolah parah manakala sembilan lagi cedera ringan selepas van sekolah yang dinaiki mereka terlibat dalam kemalangan dengan sebuah kereta Perodua Alza di simpang tiga, Jalan Persiaran Jaya Putra 1, Taman JP Perdana, tengahari semalam.

BAYI 7 BULAN MAUT PACUAN EMPAT RODA BAPA DIREMPUH DARI BELAKANG


KUANTAN - Seorang bayi lelaki berusia  tujuh bulan meninggal dunia selepas kenderaan pacuan empat roda dipandu bapa terbabit kemalangan melibatkan tiga kenderaan di  Jalan Pintasan Kuantan berhampiran Balok Baru dekat sini, pagi semalam.

RAKAN MAUT KEPALA DAN BADAN DIGILIS KERETA


BAGAN SERAI - Dua rakan karib tidak sempat beraya ke rumah rakan apabila salah seorang daripada mereka maut digilis sebuah kenderaan dalam satu kejadian kemalangan di Kilometer 114, Jalan Ipoh-Butterworth berhampiran Kampung Sungai Bogak, dekat sini, kelmarin.

BESI PENGHADANG RAGUT NYAWA ISTERI DAN ANAK


HULU SELANGOR – Kemeriahan Aidilfitri sebuah keluarga diragut apabila ibu bersama anaknya berusia setahun maut selepas kereta jenis Perodua Kenari yang dinaiki lima sekeluarga itu terbabit dalam kemalangan di Kilometer 403.9 Lebuhraya Utara Selatan dekat susur keluar Plaza Tol Tanjung Malim, di sini, semalam.

SUAMI ISTERI MAUT MANAKALA 3 ANAK PARAH


IPOH - Sepasang suami isteri maut manakala lima cedera parah termasuk tiga anak mangsa selepas terlibat dalam kemalangan membabitkan dua buah kenderaan di Kilometer 13.5, Jalan Ipoh-Lumut di sini awal pagi tadi.

ENAM MAUT TERMASUK SEORANG BAYI ENAM BULAN


MACHANG - Enam maut termasuk dua kanak-kanak dan seorang bayi berusia enam bulan dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan di Kampung Bunut, dekat sini kira-kira jam 4. 20 petang, di sini hari ini.

PENUNGGANG MOTOSIKAL PALING RAMAI TERLIBAT DALAM KEMALANGAN - OPS SELAMAT 2015


Statistik Kemalangan membabitkan motosikal menjadi penyumbang peningkatan kadar kematian kemalangan jalan raya sepanjang Ops Selamat 7/2015.

STAF PROPEL BERSEPAI DI REMPUH KERETA


Kluang: Anggota bomba dan penyelamat terpaksa mengutip beberapa bahagian badan dua pekerja sebuah syarikat penyelenggaraan yang maut selepas dirempuh sebuah kereta ketika menampal pelekat keselamatan di Kilometer 64.8, Lebuhraya Utara-Selatan arah utara di Simpang Renggam di sini, semalam.

ADIK MAUT ABANG PARAH KANCIL REMPUH POKOK DI KLUANG


Kluang: “Muhamad Amer Fahiz sempat memakai minyak wangi, malah baunya harum sebelum dia keluar bersama abangnya pagi semalam (kelmarin),” kata Azlina Sahmian, 47, ibu kepada Muhamad Amer Fahiz Mohd Said, 19, yang meninggal dunia dalam kemalangan jalan raya selepas Perodua Kancil dinaiki bersama abangnya, Mohd Badiuz Zaman, 28, merempuh pokok dan terhumban ke dalam longkang di Jalan Ayer Hitam-Kluang dekat Seri Lalang di sini, semalam.

AMBULANS TERBABAS, JURURAWAT CEDERA


Kuala Kangsar: Dua jururawat cedera selepas ambulans mereka naiki terbabas ke bahu jalan di kilometer 256.7 Jalan Lenggong-Kuala Kangsar arah selatan, di sini.

PENGIRING DAN PEMANDU PERIBADI DATUK MAUT LANGGAR LORI


Kuala Lumpur: Seorang pengawal pengiring dan pemandu peribadi kepada ahli perniagaan bergelar Datuk maut selepas motosikal berkuasa tinggi yang ditunggangnya melanggar lori di Kilometer 6.1 Lebuhraya Sprint, pagi tadi.

KEMALANGAN MAUT DI LEBUHRAYA PLUS ARAH SELATAN MEMBIMBANGKAN


Johor Bahru: Seorang kanak-kanak perempuan antara tiga terbunuh dalam kemalangan membabitkan lima kenderaan di Kilometer 55.9 lebuh raya PLUS, dekat persimpangan Simpang Renggam, di sini, pagi ini.

ARWAH SOFIAN ALI SEMPAT BERPESAN


Muar: "Kau hubungilah adik perempuan aku jika berlaku kejadian tidak diingini terhadap aku selepas ini," kata terakhir Sofian Ali kepada rakannya sebelum terbabit dalam kemalangan maut di Kilometer 141.7, Lebuhraya PLUS, arah utara berhampiran Plaza Tol Pagoh di sini, hari ini.

EMPAT MAUT, SEORANG PUTUS DUA LORI MASUK LALUAN BERTENTANGAN


Muar: Empat lelaki maut apabila lori bermuatan daging beku dan jagung dari Kuala Lumpur ke Johor Bahru hilang kawalan lalu terbabas dan memasuki laluan bertentangan, sebelum merempuh lori kontena di Kilometer 141 Lebuhraya PLUS arah utara berhampiran Plaza Tol Pagoh, dekat sini, 5.10 pagi tadi.

PEMAIN SABAH TERLIBAT KEMALANGAN MAUT


KOTA KINABALU - Awangku Mohd. Farris Mahmud, 21, yang terlibat dalam kemalangan bersama penyerang pasukan bola sepak negara, Md. Rozaimi Abd. Rahman, 23, di Kilometer 3.5, Jalan Tuaran petang tadi, disahkan meninggal dunia malam ini.

TERSEPIT BERSAMA LORI


Melaka: Tiga pekerja Southern Waste Management (SWM) Sdn Bhd cedera selepas lori pengangkut sampah dinaiki terbabas dan melanggar pokok selepas cuba mengelak seekor babi yang melintas jalan di Kilometer 20, Kampung Sri Nawar, Bukit Lintang, dekat sini, kelmarin.

KEPALA ISTERI PUTUS GARA-GARA MENGANTUK


Port Dickson: Wanita maut dengan kepala terputus manakala suaminya hilang tangan kiri selepas motosikal dinaiki terbabas dan merempuh penghadang jalan, di Kilometer 14.2, Lebuhraya Seremban-€“Port Dickson arah Seremban, 4.45 pagi tadi.

PELAJAR VOKASIONAL MAUT DI SERET LORI


Melaka: “Saya hanya mampu menjerit sebaik melihatnya diseret lori. Tidak dapat dibayangkan azab yang ditanggung mangsa ketika itu hingga menyebabkan badan saya menggigil,” kata Khairul, 23, saksi kemalangan maut yang meragut nyawa seorang remaja lelaki dalam kemalangan di Jambatan Jalan Tanjung Minyak, di sini, jam 5.30, petang kelmarin.