WARGA EMAS MAUT DI LANGGAR LARI


Seorang lelaki warga emas maut selepas terbabit dalam kemalangan langgar lari di Jalan Padang Temusu di sini, petang tadi.

KEMALANGAN MAUT AVANZA DAN KANCIL BERTEMBUNG


Dua lelaki maut selepas kereta Perodua Kancil dinaiki mereka terbabit dalam kemalangan dengan kenderaan pelbagai guna Toyota Avanza di Kilometer 38.7 Jalan Raya Timur Barat Gerik-Jeli di sini, pagi tadi.

PENUNTUT UTM MAUT KERETA MASUK LALUAN BERTENTANGAN


MERSING : Penuntut Universiti Teknologi Malaysia (UTM) maut selepas Perodua Kelisa dipandunya terbabit kemalangan dengan Toyota Wish di Kilometer 16, Jalan Jemaluang-Mersing, awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Mersing, Deputi Superintendan M Kumar berkata, kejadian jam 4.15 pagi itu mengakibatkan mangsa, Intan Waheeda Zulkarnain, 21, maut di tempat kejadian.

"Siasatan awal mendapati kereta Perodua Kelisa yang dipandu mangsa memasuki laluan bertentangan sebelum bertembung dengan Toyota Wish.

"Akibat kemalangan itu, mangsa maut di tempat kejadian kerana kenderaan dinaikinya terbakar," katanya.

Menurutnya, mayat mangsa dihantar ke Unit Forensik Hospital Daerah Mersing untuk bedah siasat.

Sementara itu, pemandu Toyota Wish dilaporkan selamat.

PENUNGGANG MOTOSIKAL MAUT BERGESEL DENGAN KERETA


KAMPAR : Lelaki maut selepas motosikal ditunggang merempuh kereta di persimpangan lampu isyarat di Kilometer 17 Jalan Ipoh-Kuala Lumpur di sini, 1.10 tengah hari tadi.

STAF KEMENTAH MAUT BERSAMA BAKAL SUAMI


Hajat anggota tentera berpangkat sarjan, Akhma Zuyana Ismail, 34, memperkenalkan bakal suaminya, Noor Izwan Mohd Nor, 29, kepada keluarga tidak kesampaian apabila maut dalam kemalangan di Kilometer (KM) 14, Jalan Gua Musang-Kuala Lipis, jam 2.15 pagi tadi.

MAUT TERCAMPAK KELUAR DARI KERETA SELEPAS LANGGAR PEMBAHAGI JALAN


Perjalanan lima sahabat untuk menziarahi rakan mereka yang maut akibat kemalangan tidak kesampaian apabila dua daripada mereka maut apabila kereta yang mereka naiki terbabas melanggar pembahagi jalan di Kilometer 257, Lebuh Raya Uta­ra-Selatan arah utara semalam.

KEMALANGAN MAUT ANGKARA LEMBU


Empat lelaki maut manakala seorang lagi parah selepas kereta dinaiki mereka terbabit kemalangan di Kilometer 10 Jalan Gua Musang-Kuala Krai dekat Renok, di sini. Kejadian 7.30 malam tadi turut membabitkan sebuah kenderaan lain dan seekor lembu.

WARGA EMAS CUAI PUNCA KEMALANGAN MAUT


Seorang pemuda maut selepas motosikal yang ditunggangnya terbabit dalam kemalangan dengan sebuah kereta di Jalan Pantai Klebang, kelmarin.

PEMANDU WANITA MAUT KERETA PUTUS DUA


Seorang wanita maut, manakala tiga yang lain parah apabila kereta Proton Iswara yang dinaikinya terputus dua selepas merempuh tiang papan tanda kawasan perkelahan Jeram Toi, Jalan Seremban-Jelebu, di sini, kelmarin.

LUMBA `DRAG` DI MIRI BERAKHIR DENGAN TRAGEDI


Perlumbaan kereta pecut yang berlangsung di tapak lapangan terbang lama Miri di Lutong, dekat sini berakhir tragedi apabila seorang daripada peserta maut dalam perlumbaan itu, hari ini.