Lelaki maut selepas motosikal ditunggang bertembung lori tiga tan di bukit Paya Terubong di sini, petang semalam.
Dalam kejadian 5.30 petang itu, mangsa, Iskandar Ahmad, 46, dikatakan dari arah Relau ke rumahnya di Balik Pulau dan cuba memotong kenderaan di hadapannya namun gagal.
Pemandu lori, Sabri Ahmad, 50, berkata, dia ketika itu sedang memandu menuruni jalan berbukit di laluan bertentangan dan cuba mengelak motosikal ditunggang mangsa.
"Motosikal ditunggang mangsa hilang kawalan lalu merempuh lori saya selepas gagal memotong kenderaan lain," katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.
Mayat mangsa dihantar ke Hospital Pulau Pinang untuk bedah siasat.
0 comments: