TIGA MAUT SATU PARAH KERETA DI REMPUH TRELER


Tiga maut manakala seorang lagi cedera selepas kereta dinaiki dirempuh treler di Jalan Lahat-Simpang Pulai dekat Kampung Kepayang di sini, hari ini.


Dalam kejadian 1.04 petang itu, keempat-empat mangsa yang menaiki kereta dipercayai dalam perjalanan dari Puchong ke Sitiawan ketika kejadian berlaku.

Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Simpang Pulai, Abd Razak Shaari berkata, pihaknya bergegas ke lokasi kejadian pada 1.10 petang selepas menerima maklumat daripada orang awam berhubung kejadian itu.

Katanya, setibanya di lokasi kejadian, pihaknya mendapati semua mangsa tersepit di tempat duduk masing-masing sebelum bertindak mengeluarkan mangsa.

"Pasukan perubatan bagaimanapun mengesahkan dua mangsa perempuan dan seorang mangsa lelaki meninggal dunia di lokasi kejadian.

"Manakala seorang lagi lelaki parah," katanya ketika dihubungi di sini.

Katanya, tiga mayat mangsa kemudiannya dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) untuk bedah siasat manakala mangsa yang cedera dihantar ke hospital sama untuk rawatan lanjut.

0 comments: