TIGA LELAKI TERMASUK BUDAK 5 TAHUN MAUT MOTOSIKAL BERTEMBUNG

BACHOK : Tiga lelaki termasuk seorang kanak-kanak berumur lima tahun maut manakala dua lagi cedera parah apabila dua buah motosikal bertembung di Jalan Tok Burong, dekat sini, semalam.

Dua buah motosikal remuk selepas bertembung dalam kemalangan yang menyebabkan tiga maut dan dua cedera parah di Kampung Tok Burung, Bachok, Kelantan, kelmarin.

EMPAT RENTUNG KERETA BERTEMBUNG DI JAMBATAN SUNGAI DOHOL


JOHOR – Empat orang termasuk tiga sekeluarga warga Singapura maut selepas kenderaan dinaiki mereka terbabit kemalangan dan terbakar di atas jambatan Sungai Dohol, Kilometer 63.5, Jalan Johor Bahru-Mersing di sini pagi semalam.

BUDAK MAUT TERSEPIT BAWAH LORI


RANAU : Seorang budak lelaki berusia 13 tahun terbunuh akibat tersepit dalam lori yang terbalik manakala dua lagi cedera selepas lori muatan makanan dinaiki mereka itu terbabit dalam kemalangan di Kilometer 40, Jalan Ranau-Telupid berhampiran Kampung Nabutan, dekat sini, petang tadi.

DUA SAHABAT MAUT TERPELANTING DAN DI GILIS KERETA


KEDAH : Kegembiraan dua sahabat berusia 11 dan 15 tahun menunggang motosikal berakhir tragedi apabila seorang daripadanya maut selepas kenderaan terbabit merempuh pacuan empat roda dalam kemalangan di Jalan Kota Kuala Muda-Pantai Merdeka, di sini, semalam.