GURU DAN BAYI ANTARA MAUT KEMALANGAN DI PEKAN SEKINCHAN


Guru lelaki dan bayi perempuan maut dalam kemalangan membabitkan Perodua Alza dan Proton Perdana di Jalan Klang-Teluk Intan berhampiran pekan Sekinchan, 7 pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Sabak Bernam Superintendan Nor Azmi Isa berkata, mangsa dikenali sebagai Mohd Faizuri ibrahim, 33, yang memandu Perodua Alza seorang diri dan dalam perjalanan ke sekolah.

Menurutnya, bayi berusia enam bulan dikenali sebagai Nur Qaireen Khalisya Anuwar adalah penumpang Proton Perdana yang dipandu ayahnya bersama ibu serta tiga adik beradik mangsa.

"Siasatan awal polis mendapati Perodua Alza dari arah Sekinchan gagal mengawal kenderaan dan terbabas ke laluan bertentangan. Pada waktu itu keadaan cuaca hujan lebat dan jalan basah.

"Pada masa sama Proton Perdana gagal mengelak dan berlaku perlanggaran yang menyebabkan Perodua Alza terbalik ke bahu jalan," katanya kepada Harian Metro.

Beliau berkata, kedua-dua mangsa yang parah meninggal dunia di lokasi kejadian manakala ibu bapa bayi berkenaan cedera di lutut serta patah lengan kiri.

"Keadaan tiga lagi penumpang yang juga anak suami isteri berkenaan tidak dapat dikenal pasti kerana dirujuk ke Hospital Sungai Buloh untuk rawatan lanjut.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.

KEMALANGAN MENGAKIBATKAN SEMUA PIHAK MENANGGUNG KERUGIAN


Kos kerugian keseluruhan bagi kemalangan jalan raya di Malaysia mencecah RM8.6 bilion pada 2015, ujar Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai. Menurutnya, ia melibatkan kemalangan mengakibatkan kematian, cedera parah dan ringan.

TIGA LELAKI TERMASUK BUDAK 5 TAHUN MAUT MOTOSIKAL BERTEMBUNG

BACHOK : Tiga lelaki termasuk seorang kanak-kanak berumur lima tahun maut manakala dua lagi cedera parah apabila dua buah motosikal bertembung di Jalan Tok Burong, dekat sini, semalam.

Dua buah motosikal remuk selepas bertembung dalam kemalangan yang menyebabkan tiga maut dan dua cedera parah di Kampung Tok Burung, Bachok, Kelantan, kelmarin.

BUDAK MAUT TERSEPIT BAWAH LORI


RANAU : Seorang budak lelaki berusia 13 tahun terbunuh akibat tersepit dalam lori yang terbalik manakala dua lagi cedera selepas lori muatan makanan dinaiki mereka itu terbabit dalam kemalangan di Kilometer 40, Jalan Ranau-Telupid berhampiran Kampung Nabutan, dekat sini, petang tadi.