BUDAK MAUT TERSEPIT BAWAH LORI


RANAU : Seorang budak lelaki berusia 13 tahun terbunuh akibat tersepit dalam lori yang terbalik manakala dua lagi cedera selepas lori muatan makanan dinaiki mereka itu terbabit dalam kemalangan di Kilometer 40, Jalan Ranau-Telupid berhampiran Kampung Nabutan, dekat sini, petang tadi.


Dalam kejadian jam 2.20 petang itu, Sharizan, 13, meninggal dunia di lokasi kejadian akibat cedera parah pada bahagian tubuhnya manakala dua lagi mangsa lelaki yang belum dikenal pasti identiti mereka, dirawat di Hospital Ranau di sini.

Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah Mohd Affendy k Ramin berkata, kemalangan membabitkan sebuah lori membawa muatan makanan yang terbabas dan terbalik.

"Empat mangsa terdiri daripada tiga lelaki dewasa dan seorang remaja berada dalam kenderaan itu. Pemeriksaan mendapati seorang lelaki tersepit dan apabila berjaya dikeluarkan, dia disahkan sudah meninggal dunia," katanya ketika dihubungi sebentar tadi.

Menurutnya, mayat mangsa yang maut diserahkan kepada polis manakala dua yang cedera dihantar ke Hospital Ranau untuk rawatan lanjut.

0 comments: