PEMANDU PORSCHE MACAN S MAUT REMPUH PENUNGGANG MOTOSIKAL


JOHOR BAHRU – Seorang ahli perniagaan terbunuh selepas kenderaan mewah jenis Porsche Macan S yang dipandunya merempuh sebuah motosikal sebelum melanggar sebatang pokok dalam satu kemalangan di Kilometer (KM) 2.4 Lebuh Raya Utara-Selatan (PLUS) dekat susur keluar ke Taman Dato’ Onn di sini semalam.

SUAMI ISTERI MAUT KERETA TERJUNAM DARI PARKIR KERETA


Kuala Lumpur: Suami isteri maut selepas kereta dinaiki mereka hilang kawalan sebelum terjunam dari tingkat lima tempat letak kenderaan di kondominium Duta Vista Executive Suite, di sini, malam tadi.

LPT2 TERUS RAGUT NYAWA


KEMAMAN – Saat kes enam beranak maut yang berlaku empat hari lalu di Lebuh Raya Pantai Timur Fasa 2 (LPT2) masih jadi bualan dan kesedihan belum pun reda, satu lagi nahas tragis menimpa empat sekeluarga menyebabkan peneroka dan anak sulungnya maut sementara isteri dan anak bongsunya cedera.

ENAM MAUT TOYOTA CAMRY TERPEROSOK BAWAH TRELER DI LPT2


KEMAMAN - Enam sekeluarga maut selepas kereta yang dinaiki terbabas  sebelum berpusing dan terperosok bawah treler yang berhenti di lorong kecemasan dalam kejadian di Kilometer 258.8 Lebuh Raya Pantai Fasa 2 (LPT2) dekat Hentian Rehat dan Rawat (R&R) Perasing, di sini, jam 12.30 tengah hari tadi.

PENGANTIN LELAKI MAUT, PENGANTIN PEREMPUAN PARAH.


BESUT - Empat termasuk seorang pengantin baharu lelaki maut selepas kereta yang mereka naiki bertembung dengan kenderaan pacuan empat roda di KM93, Jalan Kuala Terengganu-Kota Bharu dekat Kampung Renek, Jerteh di sini pada pukul 2.20 petang tadi.

MERCEDES LEPER DI HEMPAP PAPAN TANDA


Tanjung Malim: Tiga terbunuh selepas kereta dinaiki dihempap papan tanda tumbang akibat dilanggar treler yang terbabas di Kilometer (KM)399.6 Lebuhraya PLUS arah utara berhampiran Tanjung Malim kira-kira jam 6.30 pagi tadi.

PROF UPSI MAUT DALAM KEMALANGAN NGERI


GUA MUSANG - Seorang pensyarah Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) Tanjung Malim, Perak yang aktif membantu pembinaan rumah mangsa banjir di Kelantan maut dalam kemalangan ngeri di Kilometer 13.5 Jalan Gua Musang-Kuala Krai, dekat sini, malam tadi.
      
Prof Dr Mohamad Suhaily Yusri Che Ngah, 42, juga pengerusi Jawatankuasa Bencana ResQ UPSI dijadualkan berada dalam majlis penyerahan11 rumah mangsa banjir di Kampung Lakloh, Kuala Krai, esok.
       
Kejadian itu membabitkan tiga kenderaan berlaku kira-kira jam 8.45 malam ketika mangsa  yang memandu kereta Produa Myvi dalam perjalanan dari Tanjung Malim ke Kampung Laloh, Kuala Krai untuk bersiapan majlis penyerahan rumah banjir‎.

PUTUS TIGA DI GILIS TRELER


Kuala Lumpur: Anggota polis trafik dan petugas Skuad Ranger ITIS Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) terpaksa mengutip cebisan daging dan anggota badan seorang penunggang motosikal yang putus tiga akibat digilis treler.