Muar: Seorang lelaki warga emas maut apabila kereta dipandunya terbabas ke dalam Parit Buaya di Jalan Sungai Abong di sini, ketika hujan lebat, 1.50 petang tadi.
Difahamkan, Tan Hock Lock, 74, hilang kawalan lalu terbabas dan memasuki Parit Buaya hingga keretanya terbalik.
Ketua Operasi Mencari dan Menyelamat, Pegawai Bomba Kanan II Balai Bomba dan Penyelamat Muar, Shapiee Hashim berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 2 petang dan dua jentera membabitkan sembilan anggota dan pegawai dikejarkan ke lokasi.
Apabila kami tiba, kami dapati mayat mangsa sudah dikeluarkan ke tepi jalan oleh orang ramai namun lima anggota turun ke dalam parit sedalam dua meter itu untuk mencari mangsa lain.
"Kami dapati tiada mangsa lain manakala pasukan perubatan mengesahkan mangsa sudah meninggal dunia sebelum mayatnya dihantar ke Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF) untuk bedah siasat," katanya.
0 comments: