REMAJA MAUT VAN KELUARGA DI REMPUH PROTON ISWARA


KLIA : Seorang remaja perempuan berusia 13 tahun maut selepas van dinaikinya terbabit dalam kemalangan di Kilometer 34.7 Lebuhraya Utara Selatan Hubungan Tengah (ELITE) selepas susur keluar Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) menghala Nilai, petang semalam.

KELINDAN LORI MAUT TERSEPIT DALAM KEPALA LORI


GOMBAK - Seorang kelindan treler maut manakala pemandunya cedera apabila kenderaan yang membawa muatan pasir itu terbalik di Kilometer 35.2, Lebuhraya Karak-Kuala Lumpur berhampiran terowong Karak kira-kira jam 11.30 malam kelmarin.

DUA BERANAK MAUT KERETA HILANG KAWALAN DI PLAZA TOL IPOH


Ipoh: Dua beranak maut manakala tiga yang lain cedera selepas kenderaan dinaiki keluarga itu hilang kawalan sebelum melanggar besi penghadang di bahagian kiri jalan di kilometer 280.1 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) berdekatan Plaza Tol Ipoh Selatan, di sini, malam tadi.

SUAMI MAUT, ISTERI DAN ANAK CEDERA FORTUNER LANGGAR BELAKANG LORI PASIR


Slim River: Seorang lelaki maut manakala isteri serta dua anaknya cedera selepas kenderaan jenis Toyota Fortuner dipandu isterinya hilang kawalan sebelum melanggar belakang bahagian belakang sebuah lori pasir di Kilometer 380.4 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah selatan, tidak jauh dari sini, tengah hari tadi.

PORSCHE REMPUH PENUNGGANG MOTOSIKAL


SIBU : Seorang lelaki maut apabila motosikal ditunggangnya dirempuh kereta mewah Porsche di Jalan Tun Abang Openg di sini, tadi.

DUA PENYAMUN REMUK BERSAMA KENDERAAN


TAMAN PELANGI JOHOR : Belum sempat mengagih hasil samun, dua lelaki maut ketika cuba melarikan diri. Itulah yang terjadi apabila kereta yang dinaiki dua penyamun berkenaan bertembung dengan sebuah trak pikap di persimpangan lampu isyarat di Taman Pelangi, Johor Bahru awal pagi Isnin.

Sebelum kemalangan, kedua suspek dipercayai telah menyamun seorang lelaki berusia 33 tahun. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Johor Senior Asisten Komisioner Kamarul Zaman Mamat berkata mangsa ketika itu turun daripada kenderaannya untuk membeli makanan.

Mangsa kemudiannya didatangi suspek yang bersenjatakan parang 12 inci yang merampas beg sandang miliknya dan melarikan diri menaiki sebuah kereta Toyota Vios yang dipandu seorang lagi suspek.

Mangsa kemudiannya bertindak mengejar suspek sejauh 2.5 kilometer sebelum kenderaan suspek hilang kawalan dan bertembung dengan trak pikap tersebut.

Kejadian itu mengakibatkan kedua-dua suspek maut ditempat kejadian manakala penumpang trak berkenaan patah kaki dan pemandunya cedera ringan.

Tambah Kamarul, seorang daripada suspek mempunyai lima rekod jenayah lampau melibatkan penyalahgunaan dadah manakala seorang lagi baru melakukan jenayah kali pertama.

Kes disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan dan Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

LULUH HATI MELIHAT IBU DI REMPUH MPV


Kuala Nerus: “Luluh hati saya melihat ibu terbujur di atas jalan, saya merangkul tubuhnya dan membawanya ke klinik Kesihatan berdekatan, tetapi gagal diselamatkan apabila disahkan meninggal dunia,” kata Mohd Din Sulong, 51, mengenai kemalangan menimpa ibunya, Munoh Mamat, 69.