PORSCHE REMPUH PENUNGGANG MOTOSIKAL


SIBU : Seorang lelaki maut apabila motosikal ditunggangnya dirempuh kereta mewah Porsche di Jalan Tun Abang Openg di sini, tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 6.30 petang itu, Ting Yew Kui, 50, yang cedera parah di kepala selepas tercampak ke kawasan perkuburan dalam gereja berhampiran, disahkan maut di tempat kejadian.

Akibat rempuhan kuat itu kereta Porsche berkenaan remuk teruk kerana melanggar tembok pagar gereja.

Sejurus kejadian pemandu Porsche meninggalkan lokasi kejadian dan tersebar di Facebook mendakwa berlaku kejadian langgar lari dengan pemandu Porsche melarikan diri.

Bagaimanapun, Timbalan Ketua Polis Daerah Sibu Superintendan Martin Koo berkata, pemandu kereta mewah itu dihantar ke sebuah hospital swasta di bandar ini oleh rakannya untuk rawatan kerana kecederaan, bukannya melarikan diri seperti tersebar di Facebook.

Katanya, pemandu terbabit bukan pemilik kenderaan itu dan kemalangan berkenaan masih dalam siasatan.
Mayat Ting Yew Kui, 50, yang tercampak ke dalam kawasan gereja.

0 comments: