PEKERJA KONTRAKTOR MAUT DI GILIS JENTERA PENGGELEK


Johor Baharu: Seorang pekerja kontrak maut selepas dilanggar jentera penggelek beroda ketika sedang menjalankan kerja meratakan jalan di KM97.5 Jalan Johor Baharu-Seremban, Ayer Hitam dekat Batu Pahat, petang semalam.


Ketua Polis Daerah Batu Pahat ACP Din Ahmad berkata dalam kejadian kira-kira 1.30 petang itu, Irwan Shah Salleh, 35, sedang meratakan tar di jalan berkenaan bersama tiga pekerja lain.

"Tanpa disedari, sebuah jentera (tyre roller) dipandu lelaki berumur 34 tahun sedang berundur ke arah Irwan Shah dan terus melanggarnya," katanya ketika dihubungi hari ini.

Akibat pelanggaran itu, Irwan Shah cedera dari bahagian pinggang hingga kaki dan meninggal dunia pada 2.45 petang ketika dirawat di Klinik Kesihatan Ayer Hitam, katanya.

Menurut Din, mayat dihantar ke Hospital Sultanah Nora Ismail, Batu Pahat untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan
Jalan 1987. - Bernama

0 comments: