SEORANG MAUT LORI 2 TAN REMPUH MYVI DARI BELAKANG DI KLIA


Seorang maut manakala dua lagi cedera dalam kemalangan melibatkan tiga kenderaan termasuk sebuah lori di Jalan Pekeliling 4, menghala ke Kompleks Kargo Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini hari ini.

Dalam kejadian pada kira-kira 2 petang itu, Shafik Shazwan Ramli, 32, berasal dari Shah Alam, Selangor meninggal dunia di tempat kejadian akibat tersepit di dalam Perodua Myvi yang dipandunya.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat KLIA ketika dihubungi Bernama   berkata kereta yang dipandu mangsa dirempuh dari belakang oleh sebuah lori seberat 1.5 tan sehingga menyebabkan kereta mangsa merempuh sebuah lagi kereta Perodua Axia.

"Pihak kami mengambil masa kira-kira 1 jam 15 minit untuk memotong bahagian depan MyVi bagi mengeluarkan mayat yang tersepit di tempat duduk pemandu," katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.

Katanya, pemandu dan penumpang Axia hanya cedera ringan manakala pemandu lori tidak mengalami kecederaan. Mayat mangsa dihantar ke Hospital Putrajaya untuk bedah siasat.

PEMANDU MAUT SERTA MERTA VAN TERPEROSOK BAWAH BAS


LAPORAN KEMALANGAN MAUT : Lelaki maut serta merta selepas terbabit dalam kemalangan van dan bas di Jalan Pekeliling KLIA 2A-Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Menurut jurucakap bomba, dalam kejadian 7.26 malam itu mangsa yang juga pemandu van meninggal dunia di tempat kejadian.

"Sepasukan 11 anggota dan sebuah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat KLIA dikejarkan ke lokasi kejadian sebaik sahaja mendapat maklumat berhubung kemalangan itu.

"Sebaik tiba di lokasi kejadian, didapati mangsa lelaki maut di tempat kejadian dan disahkan oleh pegawai perubatan," katanya ketika dihubungi di sini.

REMAJA MAUT VAN KELUARGA DI REMPUH PROTON ISWARA


KLIA : Seorang remaja perempuan berusia 13 tahun maut selepas van dinaikinya terbabit dalam kemalangan di Kilometer 34.7 Lebuhraya Utara Selatan Hubungan Tengah (ELITE) selepas susur keluar Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) menghala Nilai, petang semalam.