DUA MAUT DUA CEDERA HONDA CITY RENTUNG


Johor Bahru: Dua maut, dua yang lain cedera selepas kereta dinaiki terbabas melanggar pembahagi jalan dan terbakar di Kilometer 42 Lebuhraya PLUS berhampiran Sedenak, Kulaijaya, di sini, kira-kira 1.30 petang semalam.


Kedua-dua yang maut adalah penumpang lelaki dan wanita berusia 20-an. Penumpang lelaki meninggal dunia di tempat kejadian, manakala penumpang wanita meninggal dunia di Hospital Sultanah Aminah, di sini, lewat petang tadi.

Bagaimanapun, identiti semua mangsa belum dikenal pasti. Menurut jurucakap bomba, pihaknya menerima panggilan daripada orang awam berhubung kejadian pada 1.58 petang sebelum seorang pegawai bersama tujuh anggota ke tempat kejadian.

Jentera dan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Kulai diketuai Komander Operasi, Pegawai Bomba Abdul Ghani Ahmad sampai di tempat kejadian kira-kira 2.22 petang dan operasi pemadaman api pada kereta selesai sepenuhnya pada 2.30 petang.

Semua mangsa termasuk yang maut dapat dikeluarkan sebelum kereta jenis Honda City terbabit terbakar,” katanya yang turut memaklumkan tiada pengenalan diri mangsa ditemui kerana terbakar dalam kenderaan berkenaan.

0 comments: