NGERI TENGOK KERETA HANCUR SEBELAH


Wanita maut, dua lelaki cedera dalam kemalangan membabitkan dua kereta di Kampung Lepan Anjung, Jalan Jelawang-Gua Musang, dekat Dabong.

Kejadian jam 9 pagi itu, mangsa, Nurul Nasuha Zulkefli, 23, meninggal dunia di lokasi kejadian akibat parah di badan.

Ketua Polis Daerah Kuala Krai Superintendan Abdullah Roning berkata, kemalangan berlaku apabila kereta jenis Honda Civic dinaiki mangsa yang dipandu Muhammad Afif Jazimin Ibrahim, 24, dari arah Jeli ke Dabong, Kuala Krai dipercayai hilang kawalan.

Katanya, kereta mereka memasuki laluan bertentangan sebelum berlanggar dengan kereta Proton Waja yang dipandu seorang lelaki berusia 54 tahun dari arah Jelawang menghala Gua Musang.

"Akibat pelanggaran itu, mangsa maut di lokasi kejadian dan kedua-dua pemandu cedera.

"Mangsa yang cedera dihantar ke Hospital Kuala Krai untuk rawatan lanjut dan mangsa yang meninggal dunia dihantar ke Unit Forensik hospital sama," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

TUJUH SEKELUARGA MAUT ANGKARA LORI LIMA TAN


Tujuh sekeluarga maut, lapan cedera dalam kemalangan membabitkan empat kenderaan di Jalan Gua Musang-Kuala Krai dekat Rancangan Kemajuan Tanah (RKT) KESEDAR Renok, di sini, awal pagi tadi.

Berdasarkan maklumat awal yang diterima, kemalangan pada 1.30 pagi itu mengorbankan pemandu dan penumpang kereta Perodua Myvi.

Difahamkan, kejadian dipercayai berpunca daripada lori lima tan yang datang dari arah Kuala Krai hilang kawalan lalu memasuki laluan bertentangan dan bertembung dengan Perodua Myvi itu.

Sebuah lagi Perodua Myvi dan Perodua Alza terbabit dalam kemalangan itu. Mangsa yang maut dan cedera dihantar ke Hospital Gua Musang (HGM), di sini


STAF KEMENTAH MAUT BERSAMA BAKAL SUAMI


Hajat anggota tentera berpangkat sarjan, Akhma Zuyana Ismail, 34, memperkenalkan bakal suaminya, Noor Izwan Mohd Nor, 29, kepada keluarga tidak kesampaian apabila maut dalam kemalangan di Kilometer (KM) 14, Jalan Gua Musang-Kuala Lipis, jam 2.15 pagi tadi.

KEMALANGAN MAUT ANGKARA LEMBU


Empat lelaki maut manakala seorang lagi parah selepas kereta dinaiki mereka terbabit kemalangan di Kilometer 10 Jalan Gua Musang-Kuala Krai dekat Renok, di sini. Kejadian 7.30 malam tadi turut membabitkan sebuah kenderaan lain dan seekor lembu.

PROF UPSI MAUT DALAM KEMALANGAN NGERI


GUA MUSANG - Seorang pensyarah Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) Tanjung Malim, Perak yang aktif membantu pembinaan rumah mangsa banjir di Kelantan maut dalam kemalangan ngeri di Kilometer 13.5 Jalan Gua Musang-Kuala Krai, dekat sini, malam tadi.
      
Prof Dr Mohamad Suhaily Yusri Che Ngah, 42, juga pengerusi Jawatankuasa Bencana ResQ UPSI dijadualkan berada dalam majlis penyerahan11 rumah mangsa banjir di Kampung Lakloh, Kuala Krai, esok.
       
Kejadian itu membabitkan tiga kenderaan berlaku kira-kira jam 8.45 malam ketika mangsa  yang memandu kereta Produa Myvi dalam perjalanan dari Tanjung Malim ke Kampung Laloh, Kuala Krai untuk bersiapan majlis penyerahan rumah banjir‎.

DIREMPUH DAN TERCAMPAK DI LANDASAN KERETA API.


Gua Musang: Dua lelaki maut dalam keadaan mengerikan selepas motosikal yang ditunggang bertembung dengan sebuah kereta sebelum mereka tercampak dari jambatan setinggi lima meter dan jatuh di atas landasan kereta api di Kilometer 1, Jalan Gua Musang-Kuala Krai, di sini, semalam.