DIREMPUH DAN TERCAMPAK DI LANDASAN KERETA API.


Gua Musang: Dua lelaki maut dalam keadaan mengerikan selepas motosikal yang ditunggang bertembung dengan sebuah kereta sebelum mereka tercampak dari jambatan setinggi lima meter dan jatuh di atas landasan kereta api di Kilometer 1, Jalan Gua Musang-Kuala Krai, di sini, semalam.


Dalam kejadian jam 11.40 pagi, penunggang motosikal jenis Yamaha 135LC, Shin Chee Hong, 31, serta pemboncengnya, Chua Teik Beng, 42, maut di tempat kejadian.

Tangan kanan salah seorang mangsa terputus dalam kemalangan itu akibat dirempuh kereta terbabit.

Dua mayat mangsa kemudian dibawa ke Hospital Gua Musang, di sini, untuk dibedah siasat.

Pemandu kereta jenis Toyota Corolla itu, Mohd Jaham Abd Hamid, 32, mengalami kecederaan parah dan menerima rawatan lanjut di Hospital Kuala Krai.

0 comments: