SUAMI ISTERI MAUT KERETA TERJUNAM DARI PARKIR KERETA


Kuala Lumpur: Suami isteri maut selepas kereta dinaiki mereka hilang kawalan sebelum terjunam dari tingkat lima tempat letak kenderaan di kondominium Duta Vista Executive Suite, di sini, malam tadi.


Pegawai Turus Siasatan dan Perundangan Trafik Kuala Lumpur Deputi Superintendan S Markandan berkata, dalam kejadian 8.13 malam itu, suami isteri yang masing-masing berusia 71 tahun meninggal dunia di tempat kejadian akibat parah di kepala.

Si suami yang memandu kereta dikatakan melanggar tembok bangunan tempat letak kenderaan sebelum kereta dinaiki terhumban di atas pagar kediaman itu.

Siasatan awal mendapati pemandu lelaki ke tempat letak kenderaan di tingkat lima untuk mengambil isterinya. Selepas isterinya masuk ke dalam kereta, kereta yang dipandu mangsa hilang kawalan sebelum merempuh tembok bangunan.

Sebelum itu, suami isteri berkenaan dikatakan hadir ke satu majlis ‘reunion’ di lokasi berkenaan," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

0 comments: