JOHOR – Empat orang termasuk tiga sekeluarga warga Singapura maut selepas kenderaan dinaiki mereka terbabit kemalangan dan terbakar di atas jambatan Sungai Dohol, Kilometer 63.5, Jalan Johor Bahru-Mersing di sini pagi semalam.
Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Rahmat Othman berkata, kejadian kira-kira pukul 7.10 pagi itu membabitkan sebuah Land Rover bernombor pendaftaran Singapura dan sebuah Toyota Corolla dengan nombor pendaftaran tempatan.
Rahmat berkata, tragedi ketika cuti Hari Krismas itu menyebabkan pemandu Toyota Corolla, Noor Haryanti Safiai, 30, serta tiga warga Singapura iaitu Barbanas Lim Ah Huat, 45, yang memandu Land Rover tersebut, Ng Khai Leng, 39, dan Rayshon Barnabas Lim, 7 rentung di tempat kejadian.
Bagaimanapun, seorang lagi anak Ah Huat yang berusia empat tahun iaitu Evan Barnabas Lim dapat diselamatkan orang awam.
Rahmat berkata, kemalangan dipercayai berlaku apabila Land Rover dari arah Johor Bahru itu hilang kawalan dan telah melanggar tembok sebelah kiri jambatan lalu terbabas ke jalan bertentangan sebelum merempuh kenderaan Toyota Corolla yang datang dari arah bertentangan.
0 comments: