MAUT TERCAMPAK KELUAR DARI KERETA SELEPAS LANGGAR PEMBAHAGI JALAN


Perjalanan lima sahabat untuk menziarahi rakan mereka yang maut akibat kemalangan tidak kesampaian apabila dua daripada mereka maut apabila kereta yang mereka naiki terbabas melanggar pembahagi jalan di Kilometer 257, Lebuh Raya Uta­ra-Selatan arah utara semalam.


Kejadian kira-kira pukul 4.15 pagi itu mengorbankan dua wanita iaitu pemandu kereta jenis Proton Savvy berkenaan, Syahrul Amie Shahriman, 28, dan penumpang hadapan, Nabilah Syahmimi Zulkifli, 21.

Kedua-dua mereka maut selepas mengalami kecederaan parah akibat tercampak keluar dari kereta.

Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar, Asisten Komisioner Ahmad Termizi Abd. Haq berkata, kesemua mangsa dalam perjalanan dari Ipoh menuju ke Kuala Kangsar sebelum kereta dinaiki terbabas dan melanggar pembahagi jalan di satu selekoh semasa menuruni bukit selepas Terowong Menora.

0 comments: