WARGA EMAS MAUT DI LANGGAR LARI


Seorang lelaki warga emas maut selepas terbabit dalam kemalangan langgar lari di Jalan Padang Temusu di sini, petang tadi.


Dalam kejadian 3.15 petang itu, Abdul Hamid Man, 70, menunggang motosikal dari Tikam Batu menuju Sungai Petani apabila dirempuh dari belakang oleh sebuah kereta dari arah sama.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda Asisten Komisioner Md Zukir Md Isa berkata, pemandu kereta difahamkan cuba memotong kenderaan lain menggunakan lorong motosikal sebelum melanggar mangsa.

"Pemandu terbabit melarikan diri dari tempat kejadian selepas melanggar mangsa," katanya.

Menurutnya, mangsa meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala dan perut dan mayatnya dihantar ke Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) untuk dibedah siasat.

"Kes disiasat mengikut seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.

0 comments: