KEMALANGAN MAUT AVANZA DAN KANCIL BERTEMBUNG


Dua lelaki maut selepas kereta Perodua Kancil dinaiki mereka terbabit dalam kemalangan dengan kenderaan pelbagai guna Toyota Avanza di Kilometer 38.7 Jalan Raya Timur Barat Gerik-Jeli di sini, pagi tadi.


Dalam kejadian 8 pagi itu, pemandu Perodua Kancil berkenaan, Khairul Hakimi Kamarudin, 24, meninggal dunia ketika dirawat di Hospital Gerik manakala rakannya, Mohamad Faris Ibrahim, 23, meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke hospital.

Ketua Jabatan Ketenteraman Awam dan Trafik Negeri Perak Superintendan Wan Jamil Wan Chik berkata, siasatan awal mendapati kemalangan berlaku selepas Toyota Avanza berkenaan dipercayai memasuki laluan bertentangan sebelum kedua-dua kenderaan bertembung.

“Pemandu Toyota Avanza berusia 38 tahun tidak mengalami kecederaan dan siasatan kemalangan itu masih dijalankan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987," katanya.

0 comments: