Kuala Kangsar: Dua jururawat cedera selepas ambulans mereka naiki terbabas ke bahu jalan di kilometer 256.7 Jalan Lenggong-Kuala Kangsar arah selatan, di sini.
Difahamkan, ambulans dari Hospital Lenggong dalam perjalanan ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh itu sebelum gagal dikawal dan terbabas.
Jurucakap Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Kangsar berkata, dalam kejadian kira-kira 9 pagi itu, seorang daripada jururawat hanya cedera ringan manakala seorang lagi patah kaki.
Bomba mengambil masa kira-kira setengah jam untuk mengeluarkan mangsa dari ambulans berkenaan.
"Kedua-dua mangsa kemudian dihantar ke hospital berdekatan untuk rawatan," katanya ketika dihubungi di sini.
0 comments: