BAPA MAUT, ANAK PARAH DI REMPUH KERETA


SEGAMAT – Seorang guru agama terbunuh manakala anaknya cedera parah selepas motosikal yang mereka naiki dirempuh sebuah kereta dalam kejadian berhampiran stesen minyak Petronas di Jalan Genuang, Segamat di sini kelmarin.


Dalam kejadian pukul 6.30 petang, Jamaluddin Abdullah (gambar kecil), 43, dari Taman Bukit Indah, Bukit Siput meninggal dunia di tempat kejadian akibat ce­dera parah di kepala dan beberapa anggota badan lain.

Anak Jamaluddin, Mohd. Faqih Helmi, 9, pula cedera parah selepas mengalami patah kaki dan mangsa kini dirawat di Unit Rawatan Rapi Hospital Segamat.

Menurut isteri mangsa, Mahfuzah Mohamad, 40, berkata, kemalangan melibatkan suami dan anaknya berlaku ketika mereka dalam perjalanan pulang ke rumah.

0 comments: