STAF PROPEL BERSEPAI DI REMPUH KERETA


Kluang: Anggota bomba dan penyelamat terpaksa mengutip beberapa bahagian badan dua pekerja sebuah syarikat penyelenggaraan yang maut selepas dirempuh sebuah kereta ketika menampal pelekat keselamatan di Kilometer 64.8, Lebuhraya Utara-Selatan arah utara di Simpang Renggam di sini, semalam.


Dalam kejadian jam 1.30 petang itu, dua lelaki warga Bangladesh, Md Rashadul dan Muhammad Ridoy, masing-masing berusia 30 tahun dikatakan baru sebulan bekerja di syarikat penyelenggaraan berkenaan maut di tempat kejadian akibat cedera parah seluruh anggota badan.

Difahamkan, ketika kejadian mangsa bersama seorang rakannya yang terselamat berada di tepi besi penghadang tengah lebuh raya berkenaan sebelum sebuah kereta Proton Wira dipandu lelaki awal 30-an hilang kawalan dan merempuh mereka.

Akibat kejadian itu, mangsa maut dalam keadaan mengerikan apabila tangan, kaki dan sebahagian organ dalamannya berkecai, manakala pemandu kereta terbabit cedera di kepala.

Rakan mangsa, Agong Sulistia, 24, berkata, ketika itu dia berada di bahagian dalam besi penghadang tengah manakala dua rakannya yang maut berada di bahagian luar menghala ke arah utara sedang menampal pelekat lut sinar.

0 comments: