KES KEMALANGAN MAUT MENINGKAT - OPS SELAMAT 7/2015


Kuala Lumpur: Kes kemalangan maut meningkat sehingga 30 kematian dalam tempoh sehari menjadikan kadar kematian setakat ini menjadi 185 sepanjang Ops Selamat 7/2015.


Mengikut rekod yang dikeluarkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) semalam, sebanyak 155 kematian dicatatkan hari ke enam sejak dilancarkan 10 Julai lalu.

Ketua Pasukan Trafik Bukit Aman, Datuk Mohd Fuad Abd Latiff berkata, kematian membabitkan penunggang motosikal dan pembonceng masih lagi menjadi penyumbang utama peningkatan kadar dengan jumlah 111 kematian.

Menurutnya, polis turut mengeluarkan sebanyak 112,913 saman kepada pengguna jalan raya atas pelbagai kesalahan dan saman paling banyak adalah kesalahan memandu laju dengan 56,379 saman.

"Daripada 185 kematian itu,69 berlaku di jalan-jalan Persekutuan, 48 di jalan-jalan negeri dan 25 dilaporkan di lebuh raya serta 23 lagi di jalan-jalan bandar," katanya ketika dihubungi, hari ini.

0 comments: