PEMUDA TEMUI AJAL KETIKA MAHU PULANG KE RUMAH UNTUK MAKAN TENGAH HARI


Hasrat untuk pulang makan tengah hari di rumah tidak kesampaian buat seorang lelaki apabila motosikal yang ditunggangi terlibat dalam kemalangan dan meragut nyawanya.

ABANG TERSELAMAT KERANA CUTI HUJUNG MINGGU..


Seorang pekerja kilang elektronik berkata van yang terbabit dalam kemalangan dan mengorbankan tujuh orang pagi tadi merupakan van yang beliau selalu naiki untuk ke tempat kerjanya di Senai.

TEMUI AJAL LANGGAR BADAN LORI


IPOH : Seorang lelaki maut setelah motosikal berkuasa tingginya merempuh sebuah lori di Jalan Keramat, Simpang Pulai pada petang Rabu.

Dalam kejadian sekitar 2 petang itu, mangsa yang menaiki motosikal berkuasa tinggi sedang dalam perjalanan ke Cameron Highlands tersepit di bawah tayar lori berkenaan dan disahkan maut di tempat kejadian.

Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Simpang Pulai, Pegawai Bomba Kanan Hadi Abdullah berkata pihaknya menerima panggilan sekitar 2.40 petang dan bergegas ke tempat kejadian.

Setibanya kami di tempat kejadian, kami dapati motosikal mangsa telah pun tersadai dan tersepit di bahagian bawah tayar lori.

“Anggota kami kemudiannya menggunakan alat menyelamat khas untuk mengeluarkan mangsa dan menyerahkannya kepada pihak ambulans bagi tindakan selanjutnya,” katanya.

Hadi berkata pihak ambulans mengesahkan mangsa maut di tempat kejadian berikutan impak perlanggaran itu.

“Operasi tamat sepenuhnya sekitar 3.15 petang,” katanya lagi.

4 SEKELUARGA RENTUNG TERSEPIT BAWAH TRELER


Misteri kehilangan seorang pelajar dan tiga ahli keluar­ganya yang dalam perjalanan ke Kuala Lumpur untuk mengambil keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) terjawab apabila mayat ke­semua mereka ditemukan rentung di dalam sebuah kereta Honda Accord yang tersepit di tepi sebuah treler yang musnah terbakar.