KERETA MELEKAT DEKAT POKOK!


BANGI : Lelaki berusia 19 tahun maut selepas kereta yang dinaiki terbabas dan melanggar pokok di Jalan Bangi Lama, Kampung Batu 5, di sini, pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 3 pagi itu, pemandu dan seorang lagi penumpang bagaimanapun tidak cedera.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor Mohd Sani Harul berkata, pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bangi ke lokasi selepas mendapat maklumat jam 3.14 pagi.

"Kemalangan membabitkan sebuah kereta jenis Proton Wira yang terbabas dan melanggar pokok di bahu jalan.

"Mangsa berusia 19 tahun tersepit di tempat duduk penumpang depan dan dikeluarkan bomba sebelum disahkan meninggal dunia akibat parah di kepala,” katanya.

0 comments: