KEDAH : Murid tahun lima maut manakala kakaknya parah selepas motosikal ditunggang mereka dirempuh kenderaan utiliti sukan (SUV) di Jalan Kelab Cinta Sayang.
Kemalangan berlaku 7.35 malam tadi berhampiran Taman Tuanku Haminah di sini ketika mangsa keluar dari persimpangan untuk ke restoran makanan segera.
Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Md Zukir Md Isa berkata, siasatan awal mendapati sejurus keluar dari simpang itu, mangsa membelok ke kanan untuk masuk ke Taman Tuanku Hamimah, namun dirempuh SUV dari arah Taman Peruda yang gagal mengelak motosikal itu.
Katanya,akibat rempuhan itu kedua-dua mangsa Muhammad Khairzuran Khairuddin, 10, dan kakaknya, Khairunnisa, 17, tercampak beberapa meter ke atas jalan.
"Muhammad Khairzuran cedera di kepala dan kaki meninggal dunia di tempat kejadian manakala kakaknya cedera di kepala dan kaki," katanya dihubungi di sini.
Md Zukir berkata, mangsa yang cedera dihantar ke Hospital Sultan Abdul Halim manakala mayat adiknya dihantar ke Jabatan Forensik untuk bedah siasat.
Katanya, polis masih menjalankan siasatan lanjut punca kejadian mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan(APJ) 1987.
AL-FATIHAH..
AL-FATIHAH..
0 comments: