Seorang penuntut Kolej Vokasional Juasseh maut manakala tiga rakannya parah apabila kereta dinaiki bertembung dengan van milik Jabatan Bomba dan Penyelamat di Jalan Kuala Pilah-Bahau berhampiran kawasan Rehat & Rawat (R&R) Jemapoh, pagi ini.
Dalam kejadian jam 7.55 pagi itu, Fauzi Ali maut di tempat kejadian manakala Fauzan Jailani (pemandu), Aidil Shamsudin dan Haidir Hamzah yang semuanya berusia 18 tahun parah dan dikejarkan ke Hospital Tuanku Ampuan Najihah (HTAN) untuk rawatan.
Sementara itu, dua daripada tujuh anggota Balai Bomba dan Penyelamat Jempol yang menaiki van berkenaan turut dilaporkan parah.
Kejadian berlaku apabila Mercedes Benz dinaiki empat penuntut dari Kuala Pilah ke Juasseh dipercayai cuba memotong sebuah kenderaan sebelum bertembung dengan van bomba dari arah bertentangan.
Pegawai Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Pilah Hamizan Jaafar berkata, tujuh anggota dikejarkan ke lokasi sebaik menerima panggilan.
"Semua mangsa yang cedera dikeluarkan orang awam. Kami mengambil masa lima minit untuk mengeluarkan seorang anggota bomba yang tersepit di tempat duduk penumpang hadapan.
"Anggota bomba terbabit dikatakan dalam perjalanan ke Seremban 2 untuk menyertai acara futsal," katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.
AL-FATIHAH..
AL-FATIHAH..
0 comments: