PEMANDU DAN KELINDAN MAUT TERSEPIT, LORI REMPUH BELAKANG TRELER

REMBAU : Dua lelaki maut selepas lori yang dinaiki merempuh bahagian belakang lori treler membawa muatan getah lantun di kilometer 226.2 Lebuhraya Utara Selatan (arah selatan), di sini, pagi tadi.


Dalam kejadian kira-kira jam 7.24 pagi itu, pemandu, Mohd Sharif Abdullah, 36, dan kelindan, Mohd Noor Akimi Yacob, 21, disahkan maut akibat tersepit.

Ketua Operasi Bomba, Halim Abd Malik berkata, sebaik menerima panggilan pihaknya bergegas ke lokasi kejadian dan tiba pada jam 7.44 pagi.

"Mangsa telah disahkan meninggal dunia susulan tersepit teruk di bahagian hadapan lori yang melekat di belakang treler dan bomba mengambil masa kira-kira 15 minit untuk mengeluarkan mangsa," katanya kepada Sinar Harian ketika ditemui di lokasi kejadian, di sini, pagi tadi.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Rembau, Deputi Superintenden Ibrahim Sharif mengesahkan kejadian berkenaan dan menyatakan mayat di hantar ke Hospital Tampin bagi proses bedah siasat.

"Kedua-dua mangsa berasal dari Jerteh, Terengganu berdasarkan alamat di kad pengenalan.

0 comments: