PENUNGGANG MOTOSIKAL MAUT HENTAM BELAKANG LORI


SEREMBAN : Lelaki maut apabila motosikal ditunggang melanggar belakang lori yang berhenti di Kilometer 280 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah selatan berhampiran Hentian Rehat dan Rawat (R&R) Seremban, petang tadi.


Dalam kejadian 5.30 petang itu, mangsa, Jefri Jabas Maryuli, 29, yang berasal dari Batu Muda, Kuala Lumpur dipercayai dalam perjalanan menghala ke Seremban.

Ketua Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Nilai, Masdar Suminggu berkata, pihaknya menerima panggilan pada 5.44 petang dan dua jentera bersama 16 anggota bergegas ke lokasi kejadian.

Menurutnya, mangsa yang menunggang motosikal melanggar belakang lori yang berhenti tepi lebuh raya kerana tayar pancit.

"Rempuhan itu mengakibatkan mangsa terperosak di bawah lori dan mengalami kecederaan parah di kepala. Mangsa disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan," katanya ketika dihubungi.

Mayat mangsa dibawa ke Hospital Tuanku Jaafar (HTJ) Seremban, untuk bedah siasat dan kes diserahkan kepada polis.

0 comments: