DUA MATI TERSEPIT DALAM AXIA SELEPAS REMPUH TIANG TELEFON


Dua maut, manakala tiga lagi cedera apabila kereta Perodua Axia dinaiki, terbabas merempuh tiang telefon di Kilometer 31, Jalan Sri Aman-Serian di sini, hari ini.

Dalam kejadian 7 pagi berdekatan pekan Lachau itu, pemandu kenderaan dikenali sebagai Sultan Untang, 43, dan penumpangnya, Romualdo Alim, 18, meninggal dunia di tempat kejadian akibat tersepit dalam kereta.

Tiga lagi penumpang, Michael Robert, 22, Maxson Robert, 18, dan Donna Putra, 18, pula cedera ringan.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak Tiong Ling Hii berkata, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Sri Aman dikejarkan ke tempat kejadian yang terletak 25 kilometer dari balai selepas menerima panggilan pada 7.15 pagi.

"Setibanya di lokasi pada 7.42 pagi, kami didapati dua mangsa tersepit dalam kenderaan sebelum disahkan meninggal dunia oleh pasukan paramedik.

"Mayat kedua-dua mangsa dihantar ke Hospital Sri Aman untuk tindakan lanjut, manakala tiga mangsa yang turut mendapat rawatan di hospital sama," katanya.

0 comments: