Seorang anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) maut apabila motosikal ditunggangnya merempuh sebuah kenderaan pacuan empat roda di Jalan P15 H, Presint 15, di sini, pagi tadi.
Dalam kejadian kira-kira jam 10.40 pagi itu, mangsa, Muhammad Ahnaf Rashdan, 20, maut serta-merta di lokasi kejadian.
Ketua Polis Daerah Putrajaya Asisten Komisioner Rosly Hassan berkata, mayat mangsa di bawa ke Hospital Putrajaya untuk proses bedah siasat.
"Siasatan awal mendapati, mangsa datang dari arah Presint 14 dan ingin menuju ke Jalan P15H sebelum merempuh bahagian hadapan kenderaan pacuan empat roda jenis Toyota Hilux berkenaan," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Katanya, pihaknya masih menyiasat punca kejadian di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.
AL-FATIHAH..
AL-FATIHAH..
0 comments: