PENUNGGANG MOTOSIKAL MAUT LANGGAR BELAKANG TRELER ROSAK


LAPORAN KEMALANGAN MAUT : Seorang penunggang motorsikal maut ‎selepas melanggar belakang sebuah lori rosak yang berhenti di lorong kecemasan  di Kilometer (KM) 437.5 ‎Lebuhraya ‎Utara-Selatan (Plus) ‎menghala ke utara.

Dalam kejadian jam 3 petang itu mangsa dikenali Khairul ‎Anuar Hasan Basri, 42, menunggang motorsikal bersendirian dari arah Sungai Buloh menuju pulang ke rumahnya di Bukit Beruntung.

Sumber polis berkata, ‎mangsa yang menunggang motorsikal jenis Yamaha LC tidak sempat mengelak lori yang berhenti di tepi lebuhraya itu.

"Lori berada di situ kira-kira lima minit dan telah meletakkan kon tanda amaran sebelum pemandunya berusia 50-an duduk di bahagian pemandu untuk menghubungi pihak Plus.

"Belum sempat menghubungi PLUS mangsa merempuh belakang lori menyebabkannya mengalami cedera parah dan meninggal dunia di lokasi kejadian," katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Katanya, mayat di hantar ke Hospital ‎Sungai Buloh untuk bedah siasat dan kes di siasat di bawah seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Orang awam yang mempunyai maklumat kejadian boleh menghubungi ‎bilik gerakan trafik di 03-61362899.

0 comments: