BAS RENTUNG BERSAMA TIGA INDIVIDU


LAPORAN KEMALANGAN MAUT : Dua individu yang belum dikenali identitinya rentung apabila kereta yang dinaiki mereka dipercayai dilanggar sebuah bas di kilometer 447.7 Lebuhraya Utara-Selatan dari arah Rawang ke Pusat Bandar. 

Akibat perlanggaran kira-kira jam 8.30 malam itu, kedua-dua kenderaan berkenaan terbakar sepenuhnya manakala 15 penumpang dan pemandu bas berjaya menyelamatkan diri.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Rawang Ahmad Kamar Afendi Ismail berkata identiti kedua-dua mangsa masih belum dikenal pasti. Katanya pihak bomba sedang berusaha mengeluarkan mayat dua mangsa yang rentung itu.

"Pihak berkuasa sedang meneliti identiti mangsa," katanya kepada Bernama di lokasi kejadian.

Empat belas anggota dan pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat Rawang dan Kuala Kubu Bharu dikerah ke lokasi kejadian. Kemalangan itu mengakibatkan lalu lintas sesak sepanjang empat kilometer.

Dua adik-beradik antara tiga mangsa dilaporkan rentung apabila kereta dinaiki mereka dipercayai dilanggar sebuah bas di Kilometer 447.7 Lebuhraya Utara-Selatan dari arah Rawang ke pusat bandar, dekat sini, pada Sabtu.

Identiti mangsa yang terlibat dalam nahas itu dikenali sebagai Darjit Singh Nasib Singh, 45, dan adiknya Ranjit Singh Nasib Singh (umur tidak diketahui) serta anak saudara mereka, Rash-deep Singh Balwant Singh, 21.

Bapa kepada Rash-deep, Palwant Singh Hazara Singh, 67, berkata dia hanya mengetahui mengenai kejadian itu selepas dimaklumkan oleh polis.

"Saya tidak sangka keputusan anak saya (Rash-deep) untuk mengikut kedua bapa saudaranya itu bertukar menjadi tragedi.

"Walaupun amat sedih, saya terima pemergiannya sebagai takdir tuhan," katanya ketika ditemui pemberita di Jabatan Forensik Hospital Sungai Buloh di sini, pada Ahad.

Beliau berkata anak bongsu daripada tiga beradik itu seorang yang amat ceria, rajin belajar dan fokus dengan cita-citanya serta amat berdisiplin.

Kejadian pada 8.30 malam itu menyebabkan kedua-dua kenderaan tersebut terbakar sepenuhnya, manakala 15 penumpang dan pemandu bas berjaya menyelamatkan diri.

0 comments: