EMPAT BERANAK MAUT KERETA BERTEMBUNG PACUAN EMPAT RODA


LAPORAN KEMALANGAN MAUT : Empat beranak maut dalam kemalangan membabitkan empat kenderaan di kilometer 405 Lebuhraya PLUS arah Selatan, di Lembah Beringin, di sini, awal pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira 1 pagi tadi, mangsa yang juga anggota polis berpangkat koperal bersama isteri dan dua anaknya maut di tempat kejadian selepas mengalami kecederaan parah di kepala dan badan.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan R Supramaniam berkata, siasatan awal mendapati kemalangan membabitkan trak pikap model Toyota Hilux serta tiga kereta model Perodua Axia, Proton Suprima dan Honda Stream.

"Empat maut di lokasi kejadian, manakala seorang lagi kanak-kanak dipercayai tercampak daripada kereta dikejarkan ke hospital untuk rawatan lanjut," katanya dalam satu kenyataan media, hari ini.

Beliau berkata, punca sebenar kemalangan masih lagi disiasat dan siasatan dilakukan mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

0 comments: