Pemandu bas maut, tiga penumpang parah dan 31 lagi cedera dalam kemalangan membabitkan bas ekspres dua tingkat dan treler di Kilometer 285 Lebuhraya PLUS arah selatan berhampiran Simpang Pulai, di sini, pagi tadi.
Dalam kejadian 4.15 pagi itu, pemandu bas berusia 30-an itu maut ditempat kejadian akibat tercampak keluar dari bas sebelum tersepit di bawah tayar treler berkenaan.
Jurucakap Balai Bomba dan Penyelamat Simpang Pulai berkata, pihaknya terima panggilan mengenai kejadian pada 4.30 pagi dan sebaik tiba dil okasi mendapati kemalangan membabitkan bas yang dipercayai merempuh belakang treler yang berhenti di tepi jalan akibat rosak.
"Setibanya di lokasi kami dapati seorang mangsa iaitu pemandu bas dipercayai tercampak keluar dari bas dan tersepit di bawah tayar treler.
"Tiga penumpang bas parah dan 31 penumpang lain termasuk seorang bayi dilaporkan cedera ringan. Mereka dihantar ke hospital menggunakan ambulans hospital, kenderaan EMRS dan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) untuk rawatan," katanya ketika dihubungi hari ini.
Menurutnya, operasi menyelamat selesai pada 6.59 pagi.
0 comments: