Tiga termasuk dua kanak-kanak maut selepas kereta jenis Perodua Kancil yang dinaiki mereka terbabit kemalangan dengan sebuah treler di Batu 15, Jalan Kota Tinggi-Mersing.
Sumber bomba berkata, kejadian itu mengakibatkan seorang wanita berusia 50-an bersama dua cucunya meninggal dunia di tempat kejadian.
"Lima anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Kota Tinggi dikejarkan ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan pada jam 2.27 petang.
"Setibanya pasukan bomba dan penyelamat di lokasi kejadian didapati berlaku kemalangan maut membabitkan dua kenderaan," katanya.
0 comments: