PEMANDU MAUT DI HEMPAP LORI PASIR


Johor Bahru - Pemandu maut selepas lori muatan pasir dipandunya terbalik dan menghempapnya dalam kemalangan di Ladang White Heron, Kilometer 35 Jalan Kluang dekat Mersing, pagi tadi.


Dalam kemalangan 11.30 pagi itu, mangsa yang dikenali sebagai Ching Fu Sheng, 33, maut di lokasi kejadian.

Ketua Polis Daerah Mersing, Deputi Superintendan M Kumar berkata, mangsa sebelum itu memandu lori yang tidak bernombor membawa muatan pasir itu seorang diri.

"Setibanya di tempat kejadian di jalan tanah merah ladang berkenaan, lori dipandu mangsa dipercayai hilang kawalan lalu terbalik.

"Kenderaan berat itu kemudian menghempap mangsa dan dia maut di lokasi kejadian," katanya.

0 comments: