TIGA TERBUNUH PERODUA VIVA DAN PROTON WIRA BERTEMBUNG


Kluang: Tiga maut apabila dua kereta bertembung di Kilometer 18 Jalan Kluang-Tek Wah Heng di sini, 7.10 pagi tadi.



Kejadian dipercayai berlaku apabila kereta Proton Wira dinaiki lelaki berusia 42 tahun dan remaja perempuan 19 tahun itu hilang kawalan sebelum bertembung dengan Perodua Viva dipandu oleh wanita berusia 33 tahun.

Akibat dari kejadian tersebut, ketiga-tiga mangsa maut di tempat kejadian kerana kecederaan di kepala dan badan.

Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Mohamad Laham berkata, semua mayat mangsa dibawa ke hospital Enche Besar Hajjah Kalsom Kluang untuk dibedah siasat.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 41 ( 1 ) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan saksi kejadian diminta tampil membantu siasatan.

0 comments: