PEKERJA PANGGUNG WAYANG ALAMANDA MAUT REMPUH BELAKANG BAS


Putrajaya: Penunggang motosikal maut selepas merempuh bas yang berhenti menurunkan penumpang di Jalan Presint 16 menghala Taman Warisan Pertanian di sini, malam tadi.


Dalam kejadian 11.45 malam, mangsa Mazwan Mantara, 22, yang juga pekerja panggung wayang di pusat beli belah di sini meninggal dunia di tempat kejadian.

Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner Rosly Hasan berkata, kemalangan membabitkan bas dan motosikal yang ditunggang mangsa dari arah sama iaitu dari pusat beli belah Alamanda ke Taman Warisan.

Kemalangan dipercayai berlaku apabila penunggang motosikal merempuh belakang bas yang sedang berhenti untuk menurunkan penumpang di Jalan Presint 16.

Akibat rempuhan itu penunggang motosikal meninggal dunia di tempat kejadian manakala pemandu bas tidak mengalami sebarang kecederaan.

"Mayat mangsa dihantar ke Hospital Putrajaya untuk bedah siasat, dan siasatan lanjut sedang dijalankan,"katanya ketika dihubungi.

0 comments: