WANITA BERBASIKAL MAUT DI REMPUH VAN


Kota Bharu: Wanita maut selepas basikal yang dinaikinya dirempuh lori kecil dalam kejadian di Kampung Tok Ku, Kedai Lalat di sini pagi tadi.


Dalam kejadian kira-kira 9.30 pagi itu, mangsa, Asiah Hamid, 60, dalam perjalanan pulang ke rumahnya yang terletak kira-kira tiga kilometer dari lokasi kejadian selepas belajar membaca al-Quran.
Saudara mangsa, Shamsiah Hanafi, 35, berkata, kejadian itu berlaku di hadapan kedai makannya.

Ketika itu saya berada di dalam kedai sebelum mendengar satu dentuman kuat dan melihat mangsa sudah tertiarap di atas jalan.

Saya cuba membantu mangsa yang dalam keadaan tercungap-cungap dan melihat darah keluar dari mulutnya," katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.

Katanya, dia sempat mengajar mangsa mengucap dua kalimah syahadah sebelum menghembuskan nafas terakhir.

0 comments: