PENUNGGANG MOTOSIKAL MAUT TERPEROSOK BAWAH LORI


Kuala Lumpur: Penunggang motosikal maut selepas digilis lori dalam kejadian di jalan Travers menghala ke Bangsar, berhampiran KL Sentral, petang tadi.


Dalam kejadian kira-kira jam 3 petang tadi, mangsa berusia 25 tahun itu menunggang motosikal Kawasaki 250 dari Jalan Mahameru ke Bangsar.

Bagaimanapun, setibanya di lokasi, mangsa, Naquib Fiqri Tamrin dikatakan hilang kawalan sebelum terbabas dan terperosok ke bawah lori yang bergerak dari arah yang sama.

Pegawai Turus Siasatan dan Perundangan Trafik Kuala Lumpur Deputi Superintendan S Markandan berkata, akibat daripada insiden berkenaan, mangsa maut ditempat kejadian selepas mengalami kecederaan serius di kepala dan badan.

Katanya, mayat mangsa dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk proses bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

0 comments: