PELAJAR UMS MAUT BAPA PARAH KERETA BERTEMBUNG


KUALA LIPIS - Seorang penuntut tahun akhir Universiti Malaysia Sabah maut dalam kejadian kemalangan membabitkan dua buah kenderaan kira-kira jam 2.30 petang tadi di Sungai Koyan.


Ketua Polis Daerah, Superintendan Abdul Razak Hassan berkata, mangsa, Nurul Liyana Mahmod, 23 bersama bapanya, Mahmod Endut, 47, dipercayai sedang dalam perjalanan dari Melaka ke Cameron Highlands.

"Sampai di tempat kejadian di kilometer 5 Jalan Felda Sungai Koyan-Raub, kereta yang dipandu mangsa hilang kawalan sebelum masuk ke laluan bertentangan dan bertembung dengan sebuah Perodua Myvi yang dinaiki empat sekeluarga.

"Nurul Liyana yang sedang menjalani praktikal di Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (Mardi) Cameron Highlands disahkan meninggal dunia di tempat kejadian dan mayat mangsa dibawa ke  Hospital Lipis untuk bedah siasat,"katanya.

Abdul Razak berkata, bapa mangsa mengalami kecederaan parah di bahagian kepala serta badan dan sedang menerima rawatan di Unit Kecemasan Hospital Lipis.

0 comments: