LORI HENTAM DARI BELAKANG


Sekinchan: Seorang lelaki maut manakala tiga lagi cedera dalam kemalangan membabitkan kereta dan dua lori di Kilometer 71 Jalan Teluk Intan-Klang, di sini, petang semalam.


Dalam kejadian kira-kira 2 petang itu pemandu kereta Perodua Kembara Muhamad Noor Yaakob, 33, maut selepas mengalami kecederaan serius di kepala.

Tiga lagi mangsa yang cedera adalah penumpang kereta berusia 33, empat dan setahun.

Jurucakap Bomba Selangor berkata, pemandu dua lori masing-masing berusia 47 dan 50 tahun tidak mengalami kecederaan.

Kereta yang dinaiki mangsa dikatakan dirempuh sebuah lori dari belakang sebelum terseret dan merempuh lori di hadapannya yang sedang berhenti di lampu isyarat.

"Mayat pemandu dan mangsa yang cedera dihantar Hospital Tengku Ampuan Jemaah untuk bedah siasat dan rawatan lanjut," katanya.

0 comments: