EMPAT PEMUDA MAUT DIREMPUH PACUAN EMPAT RODA DI BATU PAHAT


Empat pemuda maut selepas motosikal ditunggangi mereka terbabit dalam kemalangan dengan pacuan empat roda di Kilometer 1 Jalan Parit Karjo, Batu Pahat, malam semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 7.20 malam, empat mangsa berusia 20-an dipercayai dalam perjalanan dari arah Senggarang menghala ke Jalan Kluang sebelum terbabit dengan kemalangan.

Timbalan Ketua Polis Daerah Batu Pahat Superintendan Razali Mohd Tahir berkata, dua penunggang motosikal terbabit disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat parah di kepala dan badan.

“Seorang lagi penunggang penunggang motosikal disahkan meninggal dunia ketika dalam perjalanan mendapatkan rawatan kecemasan di Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI) manakala seorang lagi mangsa disahkan meninggal dunia kira-kira jam 11 pagi tadi di hospital sama.

“Kemalangan sama menyebabkan pemandu pacuan empat roda berusia 50-an mengalami kecederaan dan masih menerima rawatan di hospital sama,” katanya menerusi kenyataan media, hari ini.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan orang ramai yang menyaksikan kejadian diminta tampil bagi membantu siasatan.

AL-FATIHAH..

0 comments: