WARGA INDONESIA MAUT DI HEMPAP JENTERA EKSKAVATOR


Seorang lelaki warga Indonesia maut tersepit di jentera ekskavator terbalik dalam kejadian di Jeti Sritama, Telok Panglima Garang, dekat sini.

Mangsa dikenali Jodi Renanda berusia 19 tahun.

Penolong Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Mohd Sani Harul berkata, lapan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Banting dikejarkan ke lokasi selepas menerima panggilan pada jam 3.34  petang, hari ini.

“Laporan awal dapati mangsa tersepit pada jentera ekskavator yang terbalik.

“Mangsa telah meninggal dunia di lokasi kejadian kerana kecederaan parah,” katanya.

Operasi tamat pada jam 5.16 petang dan mayat mangsa dibawa ke hospital untuk tindakan lanjut.

0 comments: