DUA MAUT KEMALANGAN DI LEBUHRAYA SKVE


SKVE : Dua maut dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan di Lebuhraya Lembah Klang Selatan (SKVE) dekat sini pagi tadi.

Kejadian berlaku kira-kira 7.30 pagi di Kilometer 38.6 dari Teluk Panglima Garang menghala ke Pulau Indah.

Penolong Pengarah Operasi Bomba Selangor Mohd Sani Harul berkata, pihaknya menerima panggilan pada 7.34 pagi dan sepasukan tujuh anggota serta pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat Banting bergegas ke lokasi.

Katanya, kemalangan membabitkan kenderaan utiliti sukan (SUV) dan sebuah kereta jenis Peugot.

Beliau berkata, masing-masing dua mangsa iaitu pemandu dan penumpang kereta maut di lokasi kejadian manakala pemandu dan penumpang SUV cedera.

Mangsa yang maut adalah P Maniveloo, 47, dan R S Malathi, 42, kedua-duanya beralamat di Taman Jaya Utama, Teluk Panglima Garang.

"Mangsa yang maut dan cedera dihantar ke Hospital Banting untuk tindakan lanjut," katanya.

0 comments: