BAPA DAN ANAK 3 TAHUN MAUT ISTERI PARAH REMPUH BELAKANG LORI


Seorang lelaki dan anak perempuannya berusia tiga tahun maut, manakala isteri cedera parah apabila motosikal dinaiki mereka merempuh sebuah lori di Kilometer 29, Jalan Batu Pahat-Ayer Hitam, pagi tadi.


Kejadian pada pukul 10.45 pagi itu mengakibatkan kanak-kanak yang belum diketahui identitinya maut di tempat kejadian manakala bapanya, Shahrim Daini, 46, meninggal dunia ketika menerima rawatan.

Ketua Polis daerah, Asisten Komisioner Din Ahmad berkata, kejadian berlaku ketika tiga beranak tersebut dalam perjalanan dari Ayer Hitam menghala ke arah Batu Pahat.

“Namun, sebaik tiba di lokasi kejadian, lori jenis Isuzu dipandu seorang lelaki mahu membelok ke kanan, tetapi ia tiba-tiba dirempuh motosikal terbabit.

“Akibat kemalangan itu, kanak-kanak itu dan ayahnya mengalami kecederaan parah dan meninggal dunia, manakala ibunya kini sedang menerima rawatan dan berada dalam keadaan koma,” katanya ketika dihubungi sebentar tadi.

0 comments: