LANGGAR ORANG SAMPAI MATI, PEMANDU HONDA ACCORD LARI


SEREMBAN : Tiga maut manakala seorang parah dalam kemalangan lima kereta di Jalan Rantau-Sungai Gadut berhampiran Rumah Rakyat Ulu Rantau, di sini, kira-kira 11 malam tadi.


Kemalangan apabila Honda Accord dipandu seorang lelaki dipercayai hilang kawalan lalu dan merempuh Perodua Kancil dari arah bertentang.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Muhamad Zaki Harun berkata, rempuhan itu menyebabkan Honda Accord berpusing beberapa kali sebelum merempuh pula Proton Gen 2, Waja dan Honda City yang diletakkan di bahu jalan.

Muhamad Zaki berkata, mereka terbunuh dikenali sebagai R Periasamy, 55, yang juga pemandu Perodua Kancil dan dua penumpang Honda Accord iaitu R Yakesh, 21, dan Y Kamalraj, 21.

"Pemandu Honda Accord masih gagal dikesan kerana dipercayai melarikan diri selepas kejadian.

"Seorang lagi parah, L Ruben, 21. Dia juga penumpang Honda Accord terbabit," katanya.

Muhammad Zaki berkata, pemandu Proton Gen 2 dan Waja serta Honda City tidak cedera.

"Semua mayat dibawa ke Hospital Tuanku Ja'afar (HTJ) Seremban untuk bedah siasat.

"Siasatan mendapati Gen2, Waja dan Honda City diletakkan di bahu jalan kerana pemandunya menziarahi kenalan mereka yang meninggal dunia," katanya.

Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

0 comments: